Wednesday, March 10, 2010

EXPOSE DE SCENE CAMP 2010



NAMA PROGRAM: EXPOSE DE SCENE 2010
ANJURAN: SR113/2 SHAH ALAM, JENGKA, SHAHPUTRA, INSTEDT DENGAN KERJASAMA PERLU
TARIKH: 13-18 FEBRUARI 2010
TEMPAT: MURNI CAMP, KG. JAHANG, GOPENG PERAK
PESERTA: 21/SHAH ALAM, 61/JENGKA, 24/SHAHPUTRA, 21/INSTEDT



Program perkhemahan akhir ini dijalankan adalah untuk memenuhi silabus Rekreasi Luar (SPS133) yang diwajibkan kepada pelajar semester 2 SR113/2 (Universiti Teknologi Mara Shah Alam,
Universiti Tekologi Mara Jengka, Institut Sains & Teknologi Darul Takzim, Shahputra). Fakulti Sains Sukan & Rekreasi. Program ini adalah program gabungan usahasama 2 cawangan Universiti Teknologi Mara Shah Alam & Jengka dan 2 Kolej bersekutu
Universiti Teknologi Mara iaitu Institut Sains & Teknologi Darul Takzim dan Kolej Shahputra. Program ini melibatkan markah sebanyak 30 peratus untuk subjek ini dan semua pelajar wajib mengikuti perkhemaham ini. Program ini adalah kesinambungan kepada ‘Intro Camp’ iaitu 1st camp yang telah dianjurkan pada 29-31
Januari 2010 yang lepas di Kem Sri Gading, Uitm Jengka.

1. Meningkatkan dan membentuk disiplin di kalangan mahasiswa dan mahasiswi.
2. Memberi pendedahan awal kepada mahasiswa dan mahasiswi tentang membina jati diri yang berkualiti dan semangat yang kental.
3. Memberi pendedahan kepada siswa dan siswi terhadap rekreasi luar.
4. Mewujudkan semangat cintakan alam semulajadi kepada para peserta.
5. Mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara siswa dan siswi, pensyarah dan fasilitator.

No comments:

Post a Comment